Twitter adalah platform media sosial yang turut dikira sebagai platform mikro-blog. Pengguna boleh berkongsi pelbagai perkara, termasuklah topik-topik peribadi, minat, makanan dan banyak lagi. Terdapat juga trend yang menggunakan Twitter untuk memulakan perbincangan melalui bebenang.
You probably have notifications on for your must-follows. Now you can get notifications when there’s a new reply to a Tweet you’re interested in! We’re testing this on iOS and Android now. pic.twitter.com/MabdFoItxc
— Twitter (@Twitter) August 8, 2019
Kini, untuk memudahkan pengguna menerima notifikasi daripada kicauan yang dibalas – Twitter hadir dengan sistem notifikasi baharu. Contohnya, anda mengikuti seseorang yang penting di Twitter dan ingin membaca setiap kicauannya, termasuk kicauan yang dibalas – anda kini boleh menerima notifikasi buat kicauan yang spesifik yang dibalas oleh pengguna lain.
Terdapat tiga pilihan notifikasi, ‘All’ untuk semua kicauan yang dibalas, ‘Top’ untuk kicauan yang dibalas yang sedang hangat seperti mempunyai banyak suka atau ulang-kicau atau juga ‘None’ untuk langsung tidak menerima sebarang notifikasi. Fungsi ini sedang diuji bermula hari ini dan disebabkan ia adalah ujian – hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat mencubanya.