ASUS Membawa Masuk Siri Kad Grafik ASUS STRIX ROG Radeon RX 5700 Ke Pasaran Malaysia – Bermula Dari RM2200

ASUS Membawa Masuk Siri Kad Grafik ASUS STRIX ROG Radeon RX 5700 Ke Pasaran Malaysia – Bermula Dari RM2200

Diterbitkan pada Ogos 9, 2019 oleh .

Beberapa hari lalu kami ada melaporkan bahawa ASUS akan tiba dengan siri kad grafik AMD Radeon RX 5700 mereka tersendiri yang terdiri daripada ASUS ROG Strix Radeon RX 5700 dan RX 5700 XT.

Hari ini, ASUS Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka sudahpun membawa masuk siri kad grafik tersebut untuk pasaran tempatan. Spesifikasi dalaman kad-kad grafik tersebut juga telah diumumkan seperti berikut:

ASUS ROG STRIX Radeon RX 5700 XT:
  • Jumlah pemproses strim: 2560
  • Kelajuan GPU: TBD
  • Memori: 8 GB GDDR6 memory
  • Kelajuan memori: 14 Gbps
  • Antaramuka PCIe: 4.0
  • Output HDMI 2.0b x1
  • Output DisplayPort 1.4 x3
ASUS ROG STRIX Radeon RX 5700:
  • Jumlah pemproses strim: 2304
  • Kelajuan GPU: TBD
  • Memori: 8 GB GDDR6
  • Kelajuan memori: 14 Gbps
  • Antaramuka PCIe: 4.0
  • Output HDMI 2.0b x1
  • Output DisplayPort 1.4 x3

Berbeza dengan siri kad grafik asas AMD Radeon RX 5700, model ASUS ini hadir dengan kipas penyejuk tiga kipas yang hanya akan berpusing apabila cip pemprosesan grafik Navi melepasi tahap suhu tertentu.

Menurut ASUS Malaysia, kad grafik ASUS ROG STRIX Radeon RX 5700 XT ini sudahpun mula dijual hari ini pada harga RM2500, manakala kad grafik ASUS ROG STRIX Radeon RX 5700 pula dijual pada harga RM2200.


TIPS & ULASAN