Samsung Dijangka Memperkenalkan Sensor Kamera Melangkaui 100MP Pada Minggu Hadapan

Samsung Dijangka Memperkenalkan Sensor Kamera Melangkaui 100MP Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 10, 2019 oleh .

Samsung kini menjadualkan acara pengenalan sensor kamera Samsung ISOCELL Baru pada minggu hadapan, iaitu pada 12 Ogos 2019. Pihak Samsung tidak mengumumkan apakah sensor berkenaan, tetapi melalui spekulasi awal, Samsung dijangka memperkenalkan sensor melangkaui 100MP.

Samsung ISOCELL

Sebelum ini, Samsung ISOCELL sedia memperkenalkan sensor 64-megapixel yang digunakan meluas pada beberapa telefon pintar. Selain itu, Samsung juga telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Xiaomi sebelum ini untuk menawarkan peranti dengan kamera 108MP.

Melalui gambar acah yang dikongsikan, Samsung sekadar mengatakan mereka akan “mendefinisi semula resolusi” melalui sensor baru ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat kejutan yang disediakan oleh pihak Samsung ini.


TIPS & ULASAN