Cari @ Amanz

Sony Xperia 1 merupakan salah satu telefon pintar mercu daripada Sony yang telah dilancarkan sekitar 6 bulan lepas. Sony sendiri telah seperti berhenti menawarkan peranti mudah-alih mereka yang baru di Malaysia, dan telah sekian lama tidak mendengar mengenai peranti-peranti baru mereka untuk pasaran tempatan.

Sony Xperia 1

Apa pun, agak menarik dan mengejutkan apabila kini peranti Xperia 1 telah pun melepasi pengesahan Sirim – sekaligus seperti memberi petanda peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

Sony Xperia 1 hadir dengan skrin 6.5-inci dengan panel 4K OLED, dijana cip Snapdragon 855, memori 6GB RAM, dan storan sebesar 128GB. Ia turut hadir dengan bateri 3300mAh. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang 12MP.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ini hanya sekadar pengesahan Sirim semata-mata, atau Sony secara serius merancang untuk membaca kembali penawaran peranti mudah-alih mereka untuk pasaran tempatan.

Sony Xperia 1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd