Cari @ Amanz

Honor hari ini telah melancarkan televisyen pintar mereka berasaskan kepada sistem operasi terbaru daripada Huawei, iaitu Harmony OS.

Dinamakan sebagai Honor Vision Pro, ia hadir dengan panel skrin bersaiz 55-inci dan menawarkan paparan pada resolusi 4K. Honor mengatakan panel berkenaan menawarkan paparan yang sangat jelas pada sudut 178-darjah.

Honor Vision

Melengkapkan televisyen pintar ini adalah cip Honghu 818, selain turut hadir dengan sokongan HDR, dan sebagainya. Dengan penggunaan Harmany OS, ia menawarkan akses kepada kandungan dalam bentuk yang kemas, selain turut membolehkan pengguna mengakses sejumlah arahan dengan berasaskan suara.

Honor mengatakan bagi membolehkan ia menerima arahan suara dengan baik, televisyen ini hadir menggunakan enam mikrofon padanya.

Menariknya juga, Honor ini turut hadir dengan sebuah kamera pop-naik bersama dengannya yang memudahkan anda membuat panggilan video dengan mudah. Kamera berkenaan akan disembunyikan bila tidak diperlukan. Buat masa ini, televisyen pintar ini hanya ditawarkan di China sahaja, dan tiada perancangan untuk pasaran global.

Selain model ini, pihak Honor turut menawarkan Honor Vision pada harga sedikit rendah, dan tidak menyertakan kamera pop-naik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd