Telegram Memperkenalkan Ciri Menghantar Mesej Secara Senyap, Mod Perlahan Pada Groups

Telegram Memperkenalkan Ciri Menghantar Mesej Secara Senyap, Mod Perlahan Pada Groups

Diterbitkan pada Ogos 10, 2019 oleh .

Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan yang sering hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya. Terbaru, mereka memperkenalkan sejumlah ciri baru, dinamakan Silent Messages (Mesej Secara Senyap), Slow Mode (Mod Perlahan) dan beberapa yang lain.

Menghantar mesej secara senyap adalah ciri baru yang membolehkan pengguna menghantar mesej tanpa bunyi notifikasi kepada penerima. Ini bermakna penerima akan menerima notifikasi daripada mesej anda, tetapi tidak akan mendengar bunyi ketika menerimanya.

Selain daripada itu, pada Telegram Groups, kini pentadbir boleh mengaktfikan mod perlahan – dimana menetapkan masa seseorang boleh menghantar satu mesej dalam jarak mesej beberapa saat atau minit. Ini sekaligus akan mengurangkan masalah spam atau sesuatu Group yang terlalu aktif sehingga pengguna lain tertinggal mengikuti sesuatu perkembangan.

Telegram Slow Mode

Pada masa yang sama, pemilik Groups juga kini boleh menetapkan “jawatan” seseorang pentadbir lain, selain Telegram turut menambah sokongan emoji beranimasi pada aplikasi mereka.

Bagi anda yang menggunakan Telegram, boleh mengemaskini kepada aplikasi Telegram 5.10 untuk menikmati ciri-ciri baru ini.


TIPS & ULASAN