Cari @ Amanz

(Ura-Ura) Apple Mungkin Menyertakan Tri-Kamera Pada iPad Pro Baru

Oleh Aman

Link Copied!

Apple sedia diperkatakan akan menyertakan tri-kamera pada bahagian belakang iPhone terbaru akan datang. Selain daripada iPhone, Apple juga kini diperkatakan mungkin menyertakan tri-kamera belakang pada tablet berkuasa tinggi mereka, iaitu iPad Pro.

Laporan terbaru ini hadir daripada pihak Macotakara, mengatakan terdapat kemungkinan yang mana iPad Pro 2019 bakal hadir dengan sokongan tri-kamera pada bahagian belakang.

Dengan penyertaan lensa tambahan ini, ia dilihat Apple akan lebih memfokuskan kepada ciri realiti-terimbuh melaluinya.

Seperti biasa, buat masa ini, laporan baru ini masih dibawah kategori ura-ura sahaja, dan terdapat kemungkinan kita tidak melihatnya diperkenalkan pada tahun ini. Apa kata anda berkenaan dengan iPad Pro dengan tri-kamera belakang?


Komen ()