Realme 5 Akan Dilancarkan Pada 20 Ogos

Realme 5 Akan Dilancarkan Pada 20 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 12, 2019 oleh .

Ogos akan menjadi bulan yang sibuk dengan pelbagai pelancaran peranti baharu untuk separuh tahun kedua 2019. Peranti seterusnya yang akan dilancarkan ialah Realme 5 dengan acara berlangsung pada 20 Ogos kelak di India. Ini ialah sebuah lagi peranti dengan sistem empat kamera utama.

Setakat ini ia disahkan menunggunkan sensor 48-Megapixel Sony IMX586. Sistem empat kamera akan menyokong lensa sudut lebar, lensa sudut ultra lebar 119 darjah, sensor khas untuk fotografi makro dan sensor yang mengesan kedalaman. Nampaknya tiada sokongan untuk zum optikal akan disertakan pada peranti ini. Spesifikasi penuh Realme 5 akan didedahkan pada acara pelancarannya kelak.


TIPS & ULASAN