Cari @ Amanz

Perlumbaan dron adalah acara sukan yang baharu sahaja dicipta dan mula mendapat tempat di kalangan penggemar dron. Walaupun bersaiz kecil, ia masih mampu menawarkan kehangatan seperti sukan lumba kereta F1 dengan kos yang lebih rendah. Bagi meningkatkan minat ke atas sukan mereka, Drone Racing League melancarkan dron DRL Racer4 Street FPV.

DRL Racer4 Street FPV ialah dron versi pengguna kepada dron Racer4 yang digunakan pada perlumbaan sebenar. Ia dilengkapi motor berkuasa 1150 kW yang menggerakkan empat pasang kipas. Bateri sebesar 2200 mAh turut disertakan. Terdapat juga 100 lampu LED pada tubuh dron yang boleh memaparkan rekaan yang diprogramkan sendiri oleh pemilik.

Dron sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula $599 (~RM 1600) sebuah. Hanya sistem dron ditawarkan oleh DRL dan pengguna perlu membeli kamera sendiri untuk melakukan penggambaran dan mengawal dron dari sudut pandangan pertama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd