Samsung hari ini telah mengemaskini penawaran telefon pintar berspesifikasi asas mereka dengan pengenalan Samsung Galaxy A10s. Ia hadir dengan penawaran spesifikasi asas, tetapi dengan fokus memastikan ia beroperasi sepanjang hari tanpa masalah.
Samsung Galaxy A10s ini menggunakan skrin dengan rekaan bertakuk kecil, dilengkapi dwi-kamera belakang, pengimbas cap jari dibelakang, dan menjananya adalah bateri berkapasiti 4000mAh untuk penggunaan sepanjang hari.
Dari segi spesifikasi, Galaxy A10s dilengkapi skrin 6.2-inci, cip lapan-teras, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia menggunakan kamera swafoto 8-megapixel, dan dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP. Melengkapkannya juga adalah sokongan dwi-SIM, slot mikro-SD, dan juga sistem operasi Android 9.0 Pie.
Buat masa ini, Samsung masih belum mengumumkan penawaran telefon pintar ini untuk pasaran tempatan.