Fungsi baharu pada Galaxy Note 10 ialah sokongan DeX pada komputer Windows dan Mac, Apabila disambungkan pada dua komputer, DeX akan dilancarkan pada skrin komputer bagi memudahkan proses memindahkan data di antara kedua-dua peranti. Hari ini menurut ciapan peniris @ishanagarwal24, fungsi ini akan diberikan kepada kesemua peranti mercu Samsung bermula dari Galaxy S9 dan ke atas.
Ini dilakukan menerusi kemas kini Android Q dan antaramuka pelancar Samsung One UI 2.0. Pada waktu ini DeX untuk PC yang disokong oleh Note 10 menggunakan pelancar One UI 1.5. Walaupun ini bukanlah maklumat rasmi dari Samsung, sebelum ini fungsi DeX menggunakan sambungan kabel USB telah diberikan kepada S9 selepas beberapa bulan ia diperkenalkan pada Note 9. Tiada sokongan diberikan untuk S8 dan Note 8 kerana Samsung menyokong kemas kini perisian pada peranti mercu selama 24 bulan sahaja.
I have some amazing news! The Samsung Galaxy Note10's DeX for PC and Mac feature that enables you to use DeX with your existing Win7/Win10/macOS machine will become available in all Samsung Flagship that came after the S9 (S9 included) with the Android Q/ OneUI 2 update. pic.twitter.com/ElfxO6RJ0D
— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) August 8, 2019