Cari @ Amanz

Automattic, syarikat disebalik CMS popular WordPress kini telah bersetuju untuk mengambil-alih laman perkongsian Tumblr.

Tumblr sebelum ini telah diambil-alih oleh Yahoo! pada 2013 yang lepas dengan nilai $1.1 bilion. Sebelum ini, seperti ramai sedia maklum, Verizon telah pun mengambil-alih Yahoo! pada 2017 yang lepas, dan seterusnya beberapa perubahan telah dilakukan pada Tumblr.

Menurut laporan Axios, pihak Automattic mengambil-alih Tumblr pada nilai kurang daripada $10 juta.

Dibawah Automattic, Tumblr dijangka akan beroperasi seperti biasa buat masa ini, dan dijangka akan menjadi pelengkap kepada laman WordPress sedia ada. Tiada perubahan drastik yang dijangka akan dilakukan pada Tumblr buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd