Carian
Huawei Menguji Peranti Skrin LCD Dengan Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin
August 13, 2019 Effi Saharudin

Kesemua peranti dengan pengimbas cap jari bawah skrin di pasaran sekarang menggunakan skrin OLED. Ini adalah kerana kekangan teknologi yang membuatkan teknologi tidak boleh digunakan pada skrin LCD. Tetapi Huawei nampaknya telah mula menguji peranti berskrin LCD yang menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin.

Video di atas telahpun tertiris dan menunjukkan peranti yang tidak mempunyai takuk dan lubang skrin. Ciapan yang sama mengatakan peranti boleh dinyahkunci dalam masa 300 ms sahaja. Rekaan tubuh peranti tidak jelas kerana ia menggunakan kerangka untuk mengelakkannya dari dilihat.

Pada bulan Jun lalu, BOE mengumumkan mereka berjaya menghasilkan skrin LCD dengan pengimbas cap jari bawah skrin. BOE membekalkan skrin untuk Huawei dan tidak mengejutkan jika peranti misteri ini menggunakan skrin keluaran mereka.

Komen