Carian
Huawei P30 Dan P30 Pro Mula Menerima Fungsi Mod Malam Untuk Swafoto
August 13, 2019 Effi Saharudin

Peranti Huawei terkenal dengan kemampuan mod malamnya yang terbaik di dalam kelas. Ini menyebabkan pengeluar lain turut mengikuti jejak mereka dan menyertakan mod malam mereka tersendiri. Tetapi mod malam ini hanya boleh digunakan pada kamera utama sahaja selama ini. Pengguna P30 dan P30 Pro di China mula menerima kemas kini yang mengaktifkan mod malam pada kamera swafoto.

Kemas kini EMUI 9.1.0.193 yang diberikan pada penghujung minggu lalu memberikan pilihan mod malam ketika mengambil gambar di dalam situasi gelap. Seperti pada kamera utama, pengguna perlu menunggu beberapa saat untuk gambar diproses ketika menggunakan mod ini. Seperti biasa pengguna China menerima kemas kini ini terlebih dahulu sebelum diberikan kepada pengguna global.

Komen