Cari @ Amanz

LineageOS adalah antara custom ROM terbaik untuk peranti-peranti Android yang sudah lapuk. Atau juga sesuai untuk peranti Android yang menggunakan sistem operasi tersendiri yang berat. LineageOS adalah ibarat AOSP untuk Android, tetapi telah diubahsuai dengan pelbagai fungsi, ciri dan kebolehan pengubahsuaian. Ia juga boleh digunakan oleh ramai pembangun untuk menghasilkan custom ROM tersendiri berasaskan LineageOS ini.

Terkini, atas masalah dengan github – pembangunan LineageOS untuk beberapa peranti Xiaomi terpaksa dihentikan seketika. Masalah yang berlaku di github adalah, mereka mendakwa yang barisan kod LineageOS melanggar peraturan berkaitan dengan kod nyahkunci berasaskan wajah. Berikut adalah peranti-peranti Xiaomi yang terpaksa dihentikan pembangunannya buat masa ini;

  • Xiaomi Poco F1
  • Xiaomi Mi 5s
  • Xiaomi Mi MIX 2
  • Xiaomi Mi 8
  • Xiaomi Mi 5
  • Xiaomi Mi Note 3
  • Xiaomi Mi MIX
  • Xiaomi Mi 5s Plus
  • Xiaomi Mi MIX 2S
  • Xiaomi Mi 6
  • Xiaomi Mi Note 2
  • Xiaomi Mi A1
  • Xiaomi Redmi Note 7 Pro
  • Xiaomi Redmi 3S/3X
  • Xiaomi Redmi Note 4
  • Xiaomi Redmi 4(X)

Bagi pengguna-pengguna peranti lain pula, Lineage telah menambah 13 peranti lain dalam senarai. Jadi jika anda berminat untuk mencuba, boleh ke laman rasmi Lineage untuk memuat turun dan mula mengubahsuai peranti anda. Peranti-peranti yang ditambah adalah;

  • Samsung Galaxy A5 (2017)
  • Samsung Galaxy A7 (2017)
  • Samsung Galaxy S4 Active
  • Samsung Galaxy S4 (SGH-I337)
  • Samsung Galaxy S4 (SCH-R970, SPH-L720)
  • Samsung Galaxy S4 (Verizon)
  • Samsung Galaxy S4 (GT-I9505/G, SGH-M919, SGH-I337M)
  • Samsung Galaxy Note 3 LTE (N9005/P)
  • Samsung Galaxy Note 3 LTE (N9008V)
  • Samsung Galaxy Note 3 LTE (N900K/L/S)
  • Samsung Galaxy Note 3 LTE (N900T/V/W8)
  • HTC One (M8)
  • HTC One (M8) Dual SIM
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd