Carian
Pixel 4 Akan Hadir Dengan Perisian Kamera Seakan DSLR, Tiada Aksesori Fizikal
August 13, 2019 Fahim Zahar

Minggu lepas, hampir kesemua spesifikasi Google Pixel 4 telah didedahkan oleh pihak 9to5Google. Dalam laporan mereka, Pixel 4 akan menggunakan skrin dengan kadar segar semula 90Hz – yang mana sama dengan OnePlus 7 Pro. Fungsi ini dinamakan sebagai ‘Smooth Display‘ dan memori untuk peranti ini dikatakan adalah sehingga 6GB RAM dan akan mempunyai aksesori fizikal seakan DSLR.

Google Pixel 4

Namun, perkara itu adalah silap – fungsi seakan DSLR untuk Pixel 4 bukanlah aksesori fizikal. Tetapi berkemungkinan besar adalah perisian dalam aplikasi kamera sahaja. Pihak 9to5Google turut telah mengemaskini laporan mereka dan memberitahunya dalam segmen podcast mereka baru-baru ini. Fungsi seakan DSLR ini tidak dinafikan adalah kemampuan kawalan manual.

Sejak Pixel 2016 lagi, aplikasi Google Camera terhad dengan kawalan auto sahaja. Tetapi dengan kecanggihan teknologi sekarang dan kemampuan kamera Google yang memuaskan, kawalan manual adalah satu ciri yang pasti akan menjadi kegemaran pengguna profesional. Malah, Google tidak asing dengan teknologi seperti ini – kerana mod potret mereka sendiri mengambil inspirasi hasil seakan kamera SLR yang klasik.

Komen