Cari @ Amanz

Jane Manchun Wong adalah peniris yang terkenal dalam fungsi-fungsi atau ciri-ciri baharu untuk aplikasi seperti Instagram atau Facebook. Terkini beliau melaporkan yang aplikasi Facebook pula akan hadir dengan mod tema gelap.

Mod tema gelap ini dilihat diuji pada aplikasi Facebook dan jelas di sini ia masih belum bersedia untuk kegunaan orang awam. Warnanya adalah seakan mod kontras tinggi yang sebelum ini diuji pada aplikasi Google Chrome. Menurut Jane, mod tema gelap untuk Facebook ini akan mengambil masa untuk membangunkannya dan mungkin tidak akan hadir dalam masa yang terdekat.

Sebelum ini Facebook Messenger sudah pun hadir dengan mod tema gelap, yang perlu diaktifkan dengan menghantar emoji bulan. Agak menarik untuk melihat lebih banyak aplikasi kini menyokong mod tema gelap. Kelak peranti-peranti dengan skrin OLED akan mempunyai penjimatan bateri yang baik dan penggunaan skrin berwarna hitam yang lebih gelap dan cantik. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd