Razer Phone 2 Edisi THX Dan Storan 512GB Kelihatan Di Forum XDA

Razer Phone 2 Edisi THX Dan Storan 512GB Kelihatan Di Forum XDA

Diterbitkan pada Ogos 13, 2019 oleh .

Razer Phone adalah antara telefon pintar terawal dengan fokus terhadap permua. Peranti pertama mereka dilancarkan pada tahun 2017 dan menerima kritikan yang agak serius, seperti skrin LCD bukan OLED, motor getaran yang ‘murah’ dan juga kamera yang mengecewakan. Razer mencuba nasib mereka sekali lagi dengan Razer Phone 2, kali ini ia hadir dengan banyak spesifikasi yang lebih baik dan memuaskan.

Baru-baru ini di forum XDA, sebuah Razer Phone 2 dengan memori 512GB kelihatan. Berkemungkinan besar ia adalah versi pembangunan atau prototaip yang tidak jadi dilancarkan. Tetapi apa yang lebih menarik adalah, peranti ini mempunyai penjenamaan THX di belakang – yang mana THX itu adalah jenama yang terkenal dengan sistem audio yang hebat. Peranti ini juga dilihat mempunyai sokongan dwi-sim.

Tiada penjelasan daripada Razer kenapa peranti ini tidak dilancarkan. Tetapi jika ia dilancarkan harganya pasti mahal dan tidak ramai akan membelinya. Razer Phone 2 sekarang ini juga tidak mempunyai sambutan hebat seperti peranti permua lain, sehinggakan harganya kini diturunkan kepada RM1799.


TIPS & ULASAN