Cari @ Amanz

Kemaskini Terkini Google Play Services Hadir Dengan Masalah Bateri Yang Serius

Link Copied!

Google Play Services adalah aplikasi sistem daripada Google yang wajib. Dengan aplikasi inilah ia menjadikan kesemua aplikasi-aplikasi Google berfungsi dengan baik. Google Play Services tidak lari dengan banyak masalah, yang mana mudah menghabiskan bateri peranti pengguna. Tetapi masalah ini dilihat telah pun dibaiki dan laporan mengenai masalah bateri sudah tidak kedengaran.

Sehinggalah semalam, ramai mendakwa selepas mengemaskini Google Play Services kepada versi yang terkini – ia menghabiskan bateri peranti mereka dengan lebih pantas berbanding biasa. Isu ini dilihat muncul pada Google Play Services versi 18.3.82. Penggunaan bateri buat aplikasi sistem ini dilihat mencapai sehingga 19%, yang mana itu adalah satu nilai yang besar dan serius. Masalah ini dilihat hanya berlaku pada beberapa pengguna sahaja. Peranti Pixel 3a XL, OnePlus 7 dan Mi 9 yang saya gunakan tiada sebarang masalah dan Google Play Services hanya menggunakan sekitar 1.46% hingga 3% sahaja bateri peranti.

Jalan penyelesaian sementara yang boleh anda cuba (jika ia berlaku pada peranti anda), adalah dengan pergi ke tetapan peranti, buka tetapan aplikasi, cari Google Play Services, tekan ‘Force Stop‘, tekan ‘Disable‘ – kemudian ia akan memasang semula kepada versi sebelum ia dikemaskini melalui Play Store.


Komen ()