Peranti Misteri Motorola Dengan Tanpa Takuk Dan Tanpa Skrin Berlubang Tertiris

Peranti Misteri Motorola Dengan Tanpa Takuk Dan Tanpa Skrin Berlubang Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 13, 2019 oleh .

Motorola tidak dinafikan adalah satu jenama yang baik dalam industri telefon pintar. Tetapi atas banyak lagi telefon pintar yang dikeluarkan oleh jenama lain, Motorola mendapat kurang sambutan. Terkini, sebuah peranti misteri Motorola telah tertiris di web.

Peranti yang tertiris ini dilihat tidak mempunyai sebarang takuk atau skrin berlubang. Bahagian dahi pula adalah sangat nipis, yang mana dari dahi sehingga sisi kiri dan kanan mempunyai saiz bezel yang nipis dan mirip iPhone XR. Tetapi disebabkan Motorola gemar meletakkan nama mereka pada peranti, peranti misteri ini mempunyai saiz dagu yang sangat tebal. Menjadi persoalan peranti apakah ini? Kemudian, tanpa takuk dan tanpa skrin berlubang – adakah ini bermakna Motorola akan memperkenalkan peranti dengan kamera swafoto pop naik? Atau ada lagi misteri yang tidak terjawab?


TIPS & ULASAN