Redmi 6 Dan Redmi 6A Menerima Kemaskini MIUI 10 Berasaskan Android Pie

Redmi 6 Dan Redmi 6A Menerima Kemaskini MIUI 10 Berasaskan Android Pie

Diterbitkan pada Ogos 13, 2019 oleh .

Xiaomi Redmi 6 dan Redmi 6A adalah peranti kelas pertengahan-asas Xiaomi, sebelum siri Redmi dipisahkan. Semasa ia dilancarkan peranti ini masih menjalankan Android Oreo dan walaupun MIUI 10 sudah diterima, ia masih belum lagi menggunakan Android Pie.

Kini, kedua-dua peranti ini telah menerima kemaskini baharu MIUI 10. Kali ini kemaskini ini menggunakan sistem operasi berasaskan Android 9.0 Pie. Kemaskini ini adalah MIUI 10 versi  V10.4.1.0 dan ia disertakan bersama-sama dengan tampalan sekuriti bulan Julai 2019. Selain itu, mod tema gelap turut diperkenalkan buat peranti ini – yang mana adalah satu fungsi yang baik untuk pengguna yang gemar menggunakan peranti di suasana yang gelap. Untuk sekuriti, aplikasi yang dikunci kini boleh dinyahkunci menggunakan imbasan wajah melalui kamera swafoto.

Saiz kemaskini adalah melebihi 1GB. Pengguna boleh semak kemaskini ini dan mengemaskininya melalui OTA atau muat turun fail kemaskini melalui pautan langsung (direct link) di bawah ini.

Muat Turun Fail Kemaskini MIUI 10 Android Pie Redmi 6

Muat Turun Fail Kemaskini MIUI 10 Android Pie Redmi 6A


TIPS & ULASAN