Samsung Galaxy Note 10+ adalah peranti Samsung pertama yang mempunyai sokongan pengecasan pantas yang paling pantas, iaitu 45W. Tetapi seperti yang semua sedia maklum, pengecas 45W ini tidak disertakan bersama-sama dengan pembelian peranti ini – tetapi sebaliknya ia dijual secara berasingan.
Pengecasan pantas 45W yang Samsung gunakan adalah berasaskan USB Power Delivery (USB-PD). Tetapi tahukah anda yang tidak semua pengecas USB-PD menyokong peranti ini? Hanya USB-PD yang menggunakan sistem PPS sahaja yang menyokong pengecasan pantas 45W Samsung Galaxy Note 10+. PPS (Programmable Power Supply) adalah (sumber kuasa boleh program) dan hanya segelintir pengecas USB-PD sahaja yang menyokong sistem ini. Syarat lain adalah, pengecas USB-PD itu mesti berasaskan USB-PD 3.0.
Jadi untuk pilihan lebih selamat, gunakan sahaja pengecas rasmi yang Samsung jual buat masa ini. Harga jualan dianggarkan sekitar RM200 sahaja. Demi keselamatan dan untuk elakkan kes meletup berlaku lagi, gunakanlah yang rasmi dan asli.