Cari @ Amanz

Menurut data IDC, tahun lalu Samsung, Apple dan Huawei ialah tiga jenama dengan pegangan pasaran telefon pintar di dunia. Huawei menunjukkan peningkatan paling mendadak berbanding dua pesaing terbesarnya. Tetapi bagaimana pula landskap pasaran telefon pintar di Malaysia? Menurut data terkini dari Canalys, Samsung, Oppo, Vivo, Huawei dan Xiaomi adalah lima pengeluar dengan pasaran terbesar di Malaysia ada suku kedua 2019.

Samsung di tangga teratas dengan pegangan 27% diikuti oleh Oppo (20%), Vivo (16%), Huawei (12%) dan Xiaomi (10%). Walaupun di tangga teratas, Samsung mencatatkan penyusutan pengeluaran 35% berbanding suku yang sama tahun lalu. Ini masih lebih rendah jika dibandingkan dengan Huawei yang mencatatkan penyusutan 36%. Xiaomi mencatatkan peningkatan jualan tertinggi sebanyak 28% diikuti oleh Oppo (23%).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd