HTC Wildfire X Dilancarkan Dengan Cip Mediatek Helio P22
HTC

HTC Wildfire X Dilancarkan Dengan Cip Mediatek Helio P22

Diterbitkan pada Ogos 14, 2019 oleh .

HTC kembali ke pasaran India dengan pelancaran HTC Wildfire X hari ini. Peranti kelas pertengahan ini dilengkapi skrin sebesar 6.2″ LCD, dijana cip MediaTek Helio P22, memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 128GB.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 12+8+5 Megapixel menggabungkan lensa sudut lebar, zum optikal 2X dan pengesan kedalaman. Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera 8-Megapixel digunakan terletak pada takuk kecil di permukaan skrin. Bateri yang digunakan pula sebesar 3300 mAh yang dicas dengan kuasa maksimum 10W menggunakan port USB-C.

Wildfire X dilancarkan di India dengan aksesori khas MyBuddy yang membolehkan pengguna dijejak di dalam situasi kecemasan seperti penculikan atau digunakan untuk menjejak lokasi peranti sekiranya ia hilang. Di India HTC Wildfire X dijual pada harga bermula INR9999 (~RM588) sebuah.


TIPS & ULASAN