Huawei sebelum ini telah pun memperkenalkan sistem operasi tersendiri dinamakan Harmony OS pada minggu lepas. Seperti biasa, sistem operasi mempunyai sejumlah komponen tersendiri yang diperlukan untuk ia menawarkan perkhidmatan yang baik kepada pengguna.
Salah satunya adalah perkhidmatan pemetaan. Sebagai persediaan sekiranya dihalang daripada menggunakan perkhidmatan pemetaan dari Amerika Syarikat seperti Google Maps, pihak Huawei kini dilihat telah mula bersedia dengan alternatif sendiri.
Menurut laporan ChinaDaily, ia dikatakan Huawei merancang memperkenalkan perkhidmatan pemetaan mereka tersendiri dinamakan Map Kit pada bulan Oktober kelak.
Map Kit ini ditujukan lebih kepada para pembangun dalam mengintegrasikan penawaran pemetaan pada aplikasi masing-masing. Ia dikatakan Huawei akan bekerjasama dengan beberapa pihak, termasuk bersama Yandex dari Russia, dan juga bersama pihak Booking.
Menurut laporan awal, Map Kit dijangka menawarkan perkhidmatan pemetaan, termasuk ciri seperti keadaan trafik masa=nyata, sokongan navigasi dan sebagainya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan Oktober ini untuk melihat kejutan daripada pihak Huawei melalui perkhidmatan pemetaan mereka ini.