Carian
Saintis Berjaya Memisahkan Sperma Berkromosom X Dan Y Yang Membolehkan Pemilihan Jantina Bayi Dilakukan
August 15, 2019 Effi Saharudin

Jantina bayi adalah bergantung kepada sperma si bapa. Di dalam sperma kromosom Y akan menghasilkan bayi lelaki manakala kromosom X akan menghasilkan bayi perempuan. Selama ini proses untuk memilih jantina adalah mustahil sebelum persenyawaan berlaku. Tetapi saintis dari Hiroshima University telah menemui teknik membezakan sperma yang membolehkan jantina fetus dipilih sebelum persenyawaan.

Mereka mencari biopenanda (biomarkers) di dalam sperma tikus. Adalah didapati kromosom X mengandungi lebih banyak maklumat genetik berbanding kromosom Y. Sebanyak 500 gen didapati hanya wujud pada kromosom X. Dari 500 gen, mereka mengenalpasti 15 yang boleh menyebabkan sperma berenang dengan perlahan.

Dengan menggunakan bahan kimia, tahan renangan sperma dengan kromoson X ini diperlahankan sekaligus dipisahkan dari sperma dengan kromosom Y yang berenang lebih laju. Proses persenyawaan dengan ovum tikus betina kemudian dilakukan.

Hasilnya sperma yang berenang perlahan menghasilkan 81% tikus betina manakala sperma yang berenang lebih laju menghasilkan 90% tikus jantan. Ketepatan mungkin tidak 100% tetapi masih lebih tinggi dari kebarangkalian 50:50 menerusi pembiakan biasa.

Kajian ini dilakukan sebenarnya adalah untuk industri penternakan haiwan di mana penghasilan haiwan betina sahaja amat berguna untuk penghasilan awam telur. Anak ayam jantan biasanya akan dimusnahkan sebaik sahaja ia menetas. Ini adalah kejam dan adalah pembaziran.

Tetapi menurut penyelidik proses pemilihan jantina bayi manusia juga boleh dilakukan menggunakan teknik yang sama. Kertas kajian ini telah diterbitkan di dalam jurnal PLOS Biology.

Sumber Science Daily menerusi NewAtlas

Komen