Cari @ Amanz

Astro ialah nama besar dalam penawaran kandungan TV satelit di Malaysia sejak lebih dua dekad. Maxis pula ialah antara syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan data mudah alih terpantas di Malaysia. Hari ini Astro dan Maxis mengumumkan berkas baharu yang menawarkan perkhidmatan TV satelit dan Internet jalur lebar di rumah.

Menerusi pakej baharu ini, pelanggan Astro sedia ada boleh melanggan perkhidmatan Maxis Home Broadband pada kelajuan 30 atau 100 Mbps. dengan rebat sehingga RM720. Terdapat juga berkas untuk pengguna yang tidak pernah melanggan perkhidmatan Astro atau Maxis Home Broadbad. Penawaran ini hadir dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

Berkas paling asas dengan langganan RM 123.95 bulanan menawarkan Maxis Home Broadband 30 Mbps dan Astro Family pack. Pelanggan turut menerima akses kepada perkhidmatan penstriman Astro Go menerusi pakej ini. Bagi mereka yang berminat dan ingin melihat berkas lain yang ditawarkan sila layari laman rasmi Astro menerusi pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd