Misfit Vapor X Ialah Sebuah Lagi Jam Tangan Wear OS Dengan Snapdragon Wear 3100

Misfit Vapor X Ialah Sebuah Lagi Jam Tangan Wear OS Dengan Snapdragon Wear 3100

Diterbitkan pada Ogos 15, 2019 oleh .

Pasaran jam tangan pintar pada waktu ini didominasi oleh Apple Watch. Tetapi untuk menikmati kesemua fungsi Apple Watch, anda perlu memiliki sebuah iPhone. Bagi mereka yang ingin menggunakan jam tangan pintar yang boleh digunakan pada peranti Android dan iOS. Misfit Vapor X ialah sebuah lagi jam tangan pintar Wear OS yang dilancarkan.

Misfit Vapor X dilengkapi skrin OLED berbentuk bulat, dijana cip Snapdragon Wear 310, memori sebesar 512MB, storan sebesar 4GB dan bateri sebesar 330 mAh. Bateri Vapor X boleh bertahan sehingga dua hari dan ia mempunyai kemampuan kalis air sehingga 30 meter.

Kerangka peranti diperbuat daripada aluminium dengan tali pula diperbuat daripada bahan silikon. Tiga butang navigasi terletak pada sisi kanan. Terdapat sokongan sensor accelerometer, altimeter, giroskop, mikrofon, WiFi dan bluetooth. Dengan storan sebesar 4GB, pengguna boleh menggunakan Vapor X sebagai pemain muzik luar talian. Misfit Vapor X dijual pada harga $280 (~RM 1174) seutas.


TIPS & ULASAN