Aplikasi Gallery Go Menambah Sokongan Tema Gelap

Aplikasi Gallery Go Menambah Sokongan Tema Gelap

Diterbitkan pada Ogos 15, 2019 oleh .

Telah menjadi trend pada masa kini dimana pelbagai aplikasi hadir dengan sokongan tema gelap. Terbaru, Google turut telah pun menambah sokongan tema gelap untuk aplikasi mudah-alih terbaru mereka, iaitu Gallery Go.

Gallery Go

Gallery Go merupakan aplikasi versi ringan dengan penawaran lebih kurang sama seperti Google Photos. Ia ditujukan untuk peranti-peranti berspesifikasi rendah dengan ruangan storan terhad.

Untuk menggunakan sokongan tema gelap ini, pengguna hanya perlu mengaktifkannya pada bahagian sistem di Android, dan aplikasi Gallery Go turut akan mengikut warna tema gelap berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba Gallery Go hari ini.

Muat-Turun Gallery Go untuk Android[/download]


TIPS & ULASAN