Black Shark Mengacah Pengenalan Peranti Baru Di Malaysia Pada 3 September
Aman
Black Shark merupakan salah satu pengeluar peranti mudah-alih memfokuskan kepada permua. Mereka sebelum ini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Black Shark 2 Pro di pasaran China beberapa minggu lepas, dimana ia hadir dengan cip Snapdragon 855+ terbaru.
Menariknya, kini mereka turut mengacah pengenalan peranti baru untuk pasaran global – dan menariknya pelancaran berkenaan akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Acara ini dijadualkan pada 3 September 2019 kelak. Berkemungkinan besar, pada acara berkenaan kita akan melihat pihak Black Shark mengumumkan penawaran Black Shark 2 Pro untuk pasaran global secara rasminya.
Black Shark 2 Pro sebelum ini telah dilancarkan di China dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dijana Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM, dan storan 256GB berasaskan UFS 3.0. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4000mAh.
Untuk rakaman gambar, Black Shark 2 Pro hadir dengan dwi-kamera belakang 48MP + 12MP, selain kamera swafoto 20MP.
Sama-sama kita nantikan awal bulan September ini untuk melihat sendiri kejutan yang bakal dibawakan oleh pihak Black Shark untuk pasaran Malaysia dan juga pasaran global.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.