Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik popular yang digunakan ramai diseluruh dunia. Selain penawaran muzik semata-mata, Spotify juga turut menyediakan kandungan berbentuk podcast dan sebagainya.
Terbaru, melalui laporan Bloomberg, ia dikatakan Spotify merancang untuk menguji penawaran pada harga sedikit tinggi dibeberapa pasaran – yang mana akan menjadi uji-kaji sebelum menentukan sama ada mereka boleh meningkatkan harga di seluruh dunia atau sebaliknya.
Spotify dijangka meningkatkan harga sekitar 13%, sekaligus mungkin membantu mereka menjana lebih banyak pendapatan. Namun, semestinya mereka ingin menguji dan melihat pandangan orang ramai terlebih dahulu untuk mengetahui penerimaan orang ramai untuk harga lebih tinggi.
Spotify kini mempunyai lebih 100 juta pengguna berbayar di seluruh dunia buat masa ini. Namun, langkah yang silap mungkin membuatkan mereka tewas dengan pesaing terdekat mereka, Apple Music yang mempunyai sekitar 60 juta pengguna seluruh dunia.