Carian
Logitech Melancarkan Papan Kekunci Mekanikal Berprofil Rendah G915 Dan G815
August 16, 2019 Effi Saharudin

Papan kekunci mekanikal memberikan kepuasan menaip kerana suis yang lebih responsif serta tahan lasak berbanding suis membran. Tetapi satu kekurangannya pula ialah kekuncinya agak besar dan tinggi sehingga memerlukan pergerakan menegak yang besar sebesar input dikesan. Hari ini Logitech telah melancarkan dua papan kekunci mekanikal terbaru dengan butang kekunci berprofil rendah.

Logitech G915 LightSpeed dan G815 LightSync kedua-duanya mempunyai ketinggian kekunci yang 50% lebih rendah berbanding butang kekunci mekanikal biasa. Menurut Logitech ini akan meningkatkan kadar kepantasan mengesan input dari pengguna sehingga 25%.

Suis Romer GL digunakan dengan pilihan tiga model iaitu GL Linear, GL Tactile dan GL Clicky. Lima butang G-Keys boleh diprogramkan terletak pada sisi kiri dan sebuah roda kawalan media pada bahagian kanan.

Perbezaan di antara kedua-dua model ialah Logitech G915LightSpeed ialah versi bluetooth. Bateri yang disertakan boleh memberikan tempoh operasi sehingga 135 hari sekiranya lampu RGB dipadamkan atau 12 hari jika ia dihidupkan. Mod berwayar disokong menerusi sambungan kabel mikro USB.

Logitech G915 LightSpeed dijual pada harga $250 (~RM 1100) manakala Logitech G815 Lightsync pula dijual pada harga $200 (~RM810).

Komen