Antara fungsi Google Assistant yang kerap kami gunakan ialah Reminder yang mengingatkan kami tentang tugasan yang perlu dilakukan. Sebagai contoh mengingatkan kami membeli makanan kucing dalam perjalanan pulang dari pejabat. Google hari ini mengumumkan sistem peringatan ini akhirnya boleh dihantar kepada pengguna lain.
Pengguna hanya perlu menyeru Assistant dan memberikan arahan seperti “Hey Google remind Sarah to pick up laundry at 8pm” dan peringatan ini akan dihantar kepada Sarah. Ia akan dipaparkan pada skrin telefon pintar, speaker pintar dan skrin pintar yang mereka gunakan. Peringatan akan terpapar sejurus selepas arahan diberikan dan sekali lagi pada waktu yang peringatan ingin diberikan.
Hanya pengguna yang dimasukkan ke dalam Google family group dan mereka yang akaunnya disimpan pada pembesar suara pintar serta skrin pintar boleh menerima peringatan ini. Fungsi ini akan hanya disokong dalam bahasa Inggeris di negara U.S., U.K. dan Australia terlebih dahulu