Dengan beberapa peranti mercu baru untuk penghujung tahun yang telah mula diperkenalkan, semestinya ramai turut menantikan penawaran daripada pihak Apple. Terbaru, melalui versi beta terbaru iOS 13 yang ditawarkan kepada pembangun, ia memperlihatkan kita mungkin melihat acara pelancaran sekitar 10 September kelak.
Perkara ini ditemui oleh iHelpBr melalui paparan skrin pada iOS 13 Beta 7 yang memperlihatkan tarikh 10 September. Tarikh yang sama turut telah dispekulasikan beberapa kali sebelum ini.
Mengikut desas-desus sebelum ini, Apple telah diperkatakan akan hadir dengan tiga variasi iPhone generasi baru. Ada yang turut memperkatakan iPhone generasi baru ini akan dikenali dengan nama iPhone 11.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kemaskini lanjut, termasuk pengumuman rasmi daripada Apple berkaitan acara pelancaran mereka akan datang.