Microsoft Meminta Pengguna Mengemaskini Sistem Operasi Windows Serta-Merta Disebabkan Kerentanan Kritikal

Microsoft Meminta Pengguna Mengemaskini Sistem Operasi Windows Serta-Merta Disebabkan Kerentanan Kritikal

Diterbitkan pada Ogos 16, 2019 oleh .

Microsoft kini telah menemui kerentanan baru pada sistem operasi Windows mereka, yang membawa kepada kebolehan perisian hasad tersebar pada komputer pengguna walaupun tanpa interaksi pengguna berkaitan. Kerentanan ini ditemui pada perkhidmatan Remote Desktop Services.

Microsoft mengatakan antara sistem operasi yang terlibat adalah termasuk Windows 7 SP1, Windows Server 2008 R2 SP1, Windows Server 2012, Windows 8.1, Windows Server 2012 R2, dan Windows 10.

Windows XP, Windows Server 2003 dan Windows Server 2008 tidak terkesan dengan masalah kerentanan baru ini.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi berkaitan, anda diminta untuk mengemaskini sistem operasi anda secepat mungkin, sekaligus mengelak daripada menjadi mangsa perisian hasad berkaitan.


TIPS & ULASAN