Cari @ Amanz

Sewaktu acara perasmian fasiliti Micron NAND Center for Excellence di Singapura tempohari, mereka juga mengesahkan bahawa kilang kedua mereka di Malaysia sedang dibina, khusus untuk tujuan pembinaan produk SSD.

Kilang Micron pertama terletak di Muar, dan kilang tersebut bertujuan bukan sahaja untuk menguji cip-cip NAND yang dibina, tetapi juga memasang komponen-komponen tersebut sebagai DRAM atau NAND yang boleh dimasukkan kedalam komponen memori ataupun storan.

Kilang Pulau Pinang ini, yang terletak di kawasan Batu Kawan akan digunakan untuk tujuan pembuatan produk SSD yang kemudiannya akan dijual ke syarikat-syarikat pembina peranti ataupun digunakan untuk produk SSD Micron sendiri dibawah jenama Crucial.

Micron sudahpun mempunyai sebuah kilang sementara di Seberang Prai yang sedang membangunkan produk-produk SSD ini, dimana ia akan dipindah ke Batu Kawan apabila kilang tersebut dilengkapkan dan mula beroperasi pada pertengahan tahun hadapan.

Dalam pada itu, sama seperti di Singapura dimana Micron bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi disana untuk membangunkan teknologi dan tenaga kerja baru, syarikat tersebut juga sedang dalam perbincangan dengan beberapa universiti tempatan untuk tujuan yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd