Apple Disaman Lagi Kerana Didakwa Melanggar Paten Untuk Sistem Dwi-Kamera

Apple Disaman Lagi Kerana Didakwa Melanggar Paten Untuk Sistem Dwi-Kamera

Diterbitkan pada Ogos 16, 2019 oleh .

Sekiranya anda mempunyai memori seperti seekor gajah, anda mungkin pernah membaca berita Apple disaman oleh Corephotonics kerana melanggar paten teknologi dwi-kamera yang digunakan pada iPhone 7 dan iPhone 8 pada tahun 2017. Mereka disaman sekali lagi oleh Corephotonics tahun lalu atas sebab yang sama kerana pelanggaran paten pada iPhone X.

Menurut laporan iDrop News, Corephotonics untuk kali ketiga memfailkan sama ke atas pelanggan 10 paten teknologi dwi-kamera untuk kesemua model iPhone selepas iPhone 7. Mereka meminta injunksi kekal ke atas Apple dan pembayaran ganti rugi kerana mereka dengan sengaja menggunakan harta intelek Corephotonics tanpa kebenaran.

Menurut writ saman yang difailkan sebelum ini, Corephotonics mempunyai beberapa paten sistem dwi-kamera yang meningkatkan kualiti gambar yang diambil. Mereka pernah menghubungi Apple untuk berkongsi teknologi yang dihasilkan. Apple dikatakan memuji teknologi yang diperlihatkan tetapi tidak berminat untuk melakukan kerjasama.

Corephotonics membangunkan modul kamera periskop untuk zum nirhilang yang digunakan pada Oppo Reno 10X Zoom. Mereka dilaporkan telah diambil alih oleh Samsung tetapi sehingga kini tiada pengumuman rasmi dilakukan oleh kedua-dua pihak.


TIPS & ULASAN