Cari @ Amanz

Telefon Pintar Dari China Mendominasi 62% Pasaran Asia Tenggara Pada Suku Kedua 2019

Link Copied!

Semalam kami melaporkan Samsung dan Oppo adalah dua syarikat dengan pegangan pasaran telefon pintar terbesar di Malaysia pada suku kedua 2019. Empat dari lima pengeluar dengan pegangan terbesar di Malaysia berasal dari China. Hari ini Canalys mengeluarkan laporan telefon pintar untuk rantau Asia Tenggara pula dan pengeluar China memegang 62% pasaran untuk suku kedua 2019.

Sebanyak 30.7 juta peranti berjaya dihantar di Asia Tenggara pada suku ini bersamaan dengan peningkatan 2% berbanding suku yang sama tahun lalu. Dari jumlah ini, 19 juta penghantaran adalah pengeluar dari China.

Samsung di tempat pertama dengan penghantaran 7.7 juta unit peranti diikuti oleh Oppo (7.3 juta), Vivo (4.3 juta), Xiaomi (3.7 juta) dan Realme (1.6 juta). Satu statistik menarik ialah 75% peranti yang dihantar adalah dari kelas pertengahan-rendah dengan harga jualan bawah $200 (~RM810) sebuah.


Komen ()