Carian
Kecerdasan Buatan DeepAnime Menghasilkan Anime Dari Gambar Statik
August 16, 2019 Effi Saharudin

Keredasan buatan pada awalnya dibangunkan untuk mengambil alih tugasan remeh seperti mengkatalog dokumen. Ia kemudian dimajukan untuk mengenalpasti kanser dari ribuan imej imbasan CAT. Kini ia dimajukan untuk melakukan perkara yang dianggap remeh seperti mewarnakan gambar hitam putih. Terkini kecerdasan buatan DeepAnime dibangunkan untuk menghasilkan anime dari gambar statik dengan padanan audio yang tepat.

DeepAnime dihasilkan oleh firma AlgoAge yang berpangkalan di Tokyo. Pembelajaran mesin dan GAN (generative adversarial networks) digunakan bagi memadankan audio dengan pergerakan mulut serta mata pada gambar statik yang diimput masuk. Kewujudan DeepAnime sebenarnya tidak mengejutkan kerana sebelum ini Samsung telah membangunkan kecerdasan buatan yang menghasilkan animasi dari gambar statik dan video boleh dimanipulasi untuk diubah audio serta pergerakan mulut.

Komen