Surface Pro 6 Dan Surface Book 2 Mengalami Masalah Pemproses Disekat Pada Kelajuan 400 MHz Selepas Kemas Kini

Surface Pro 6 Dan Surface Book 2 Mengalami Masalah Pemproses Disekat Pada Kelajuan 400 MHz Selepas Kemas Kini

Diterbitkan pada Ogos 16, 2019 oleh .

Kemaskini sepatutnya membawakan penambahbaikan kepada peranti dan menampal sebarang pepijat yang ditemui. Tetapi kemas kini firmware terkini yang diterima oleh pengguna Microsoft Surface Pro 6 dan Surface Book 2 menyebabkan pemproses komputer riba mereka dihadkan pada kelajuan 400 MHz. Masalah berterusan walaupun selepas komputer riba dihidupkan semula berkali-kali.

Masalah mula dikesan seminggu dengan pelanggan muka melaporkan masalah pada forum Microsoft. Masalah dipercayai berpunca dari perisian yang mengesan suhu pemproses ketika beroperasi. Sekiranya ia mencapai suhu tertentu, kelajuan CPU akan dikurangkan bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Perisian ini walau bagaimanapun turut boleh mengesan bacaan suhu panas dari komponen lain yang menyebabkan CPU dihadkan walaupun ia beroperasi pada suhu selamat.

Pihak Microsoft telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan kemas kini firmware baharu sedang dihasilkan bagi menyelesaikan masalah ini


TIPS & ULASAN