Oppo telah pun sedia hadir dengan telefon pintar Oppo Reno 10x Zoom sebelum ini, yang mana membawa sokongan zum yang sangat baik poda telefon pintar. Kini, membawa ia setapak lagi kehadapan, Oppo telah mula mengacah pengenalan Oppo Reno2.
Melalui perkongsian oleh Oppo India, mereka memperlihatkan pengenalan telefon pintar dengan empat kamera belakang, dan menawarkan sokongan zum 20x.
Buat masa ini, Oppo tidak menyatakan bagaimanakah ciri zum berkenaan berfungsi. Sebelum ini, Oppo Reno 10x Zoom menawarkan sokongan zum hibrid sehingga 10 kali, selain zum digital sehingga 60x.
Memandangkan ia dijenamakan sebagai Oppo Reno2, berkemungkinan kita akan melihat penawaran zum hibrid sehingga 20x.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 28 Ogos ini untuk melihat pelancaran Oppo Reno2 ini secara rasminya.