Cari @ Amanz

Hari ini, Carousell – platform pasaran mudah-alih yang terkenal dengan kemudahan menjual barangan terpakai dan juga baru, telah meraikan ulang tahun ketujuh mereka pada acara Carouselland 2019 yang berlangsung di Dewan Konvensyen Marina Bay Sands Expo, Singapura. Pada acara yang sama, Carousell turut melancarkan pembaharuan pada identiti visual mereka.

Carousell

Untuk makluman anda, tujuan utama Carousell bagi pelaksanaan penjanaan semula identiti visual ini adalah supaya perkembangan dan pertumbuhan jenama dapat diperluaskan — sekaligus memanfaatkan peluang dan keuntungan bersama dalam memperkasakan pengguna dalam meraikan kisah kejayaan yang berjaya mengubah minat mereka kepada sebuah peluang pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif – Quek Siu Rui percaya bahawa Carousell memenuhi keperluan industri dan lebih relevan berbanding platform lain pada hari ini, di mana penggunaannya telah berkembang pesat dan kemampanannya telah menjadi tumpuan besar. Terdapat lebih daripada 640 juta pengguna di Asia Tenggara, di mana dua pertiga gemar menggunakan telefon pintar selaku medium perhubungan mereka.  Menerusi pengenalan identiti visual baharu ini, ia dapat mempamerkan keunikkan Carousell di mana transaksi melangkaui dolar dan sen – mereka lebih mementingkan peluang pendapatan serta gerakan kesedaran dapat dilaksanakan.

Pada masa yang sama, Carousell juga mengumumkan pertumbuhan pendapatan empat kali ganda pada tahun 2018. Lonjakan pertumbuhan yang kukuh ini merupakan bukti kepada strategi perniagaan yang diusahakan Carousell serta penegasan bahawa jenama ini kini menuju ke arah yang betul.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Carousell, boleh memuat-turun kemaskini aplikasi berkenaan hari ini, dan menikmati pelbagai pembaharuan dan nafas baharu yang dibawakan padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd