Touch n Go eWallet Menawarkan Ganjaran RM5 Untuk Tambah-Nilai Minima RM20 Di Kedai Terpilih

Touch n Go eWallet Menawarkan Ganjaran RM5 Untuk Tambah-Nilai Minima RM20 Di Kedai Terpilih

Diterbitkan pada Ogos 16, 2019 oleh .

Touch n Go eWallet merupakan salah satu dompet digital yang digunakan ramai dalam transaksi nirtunai – apatah lagi ia turut diintegrasikan dengan pembayaran PayDirect pada beberapa plaza tol sekitar Lembah Klang.

RM5 TNG

Terkini, pihak Touch ā€™n Go eWallet menawarkan ganjaran khas untuk pengguna mereka, dimana mereka menawarkan ganjaran RM5 untuk setiap tambah-nilai minimum RM20. Walaubagaimanapun, ia hanya tertakluk untuk tambah-nilai yang dilakukan melalui pasaraya Giant, Watsons Stores, CARiNG Pharmacy, dan juga G Ekspress Stores.

Promosi ini diadakan sehingga 14 Oktober 2019 kelak, dan hanya terhad kepada 40,000 tambah-nilai pertama sahaja.

Bagi anda yang aktif menggunakan dompet-digital Touch n Go eWallet ini, mungkin boleh menyemak ganjaran ini hari ini, dan mendapatkan lebih ganjaran untuk tambah-nilai anda.

Layari : Promosi Ganjaran RM5 Untuk Tambah-Nilai



TIPS & ULASAN