Jualan Shopee 9.9 Kembali Untuk 2019 – Jualan Promosi Bermula 19 Ogos Ini

Jualan Shopee 9.9 Kembali Untuk 2019 – Jualan Promosi Bermula 19 Ogos Ini

Diterbitkan pada Ogos 16, 2019 oleh .

Shopee Malaysia kini telah mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan jualan promosi 9.9 Super Shopping Day untuk tahun 2019 ini. Seperti biasa, pelbagai barangan akan ditawarkan pada kadar diskaun – dan menariknya untuk tahun ini, jualan promosi ini akan diadakan bermula 19 Ogos 2019 sehingga 9 September 2019 kelak.

Shopee 9.9

Selain promosi barangan pada harga rendah, pihak Shopee turut menjanjikan penghantaran percuma dengan berbelanja serendah RM9. Shopee akan turut menawarkan beberapa barangan pada harga serendah RM1, termasuk antaranya adalah kereta Honda City dan juga motosikal Yamaha 135LC. Apa pun, penawaran ini dilakukan dalam bentuk cabutan bertuah.

Bagi anda yang aktif membeli-belah secara atas-talian, mungkin boleh menyemak penawaran yang disediakan laman edagang Shopee ini bermula 19 Ogos ini, dan lebih berjimat dalam pembelian barangan anda.

Layari : Shopee 9.9


TIPS & ULASAN