Cari @ Amanz

Motorola hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baru dibawah penawaran berspesifikasi pertengahan, iaitu Motorola One Action. Telefon pintar ini dilihat lebih memfokuskan kepada keupayaan rakaman video yang dibawakan olehnya.

Motorola One Action

Motorola One Action menyertakan tri-kamera pada bahagian bealakng, dimana ia megabungkan sensor 12MP + 5MP untuk rakaman gambar dan video. Sementara sensor ketiga pada telefon pintar berkenaan adalah sebuah sensor 16-megapixel yang memfokuskan kepada hanya rakaman video semata-mata.

Menariknya juga, sensor ini hadir dengan kebolehan rakaman sudut-lebar 117-darjah. Disamping itu, sensor ini dipasang pada peranti dengan diputarkan sedikit 90-darjah. Hal ini sekaligus membolehkan anda merakamkan video menggunakannya dengan memegang peranti secara menegak – tetapi menghasilkan rakaman melintang seperti kebiasaan.

Motorola turut mengatakan hal ini membolehkan peranti dipegang dengan lebih kukuh dan selesa pada tangan ketika proses rakaman video dilakukan. Ia turut dilengkapi ciri-ciri tambahan seperti penstabilan video elektronik dalam menghasilkan video yang menarik – termasuk video aksi dan sebagainya.

Motorola One Action

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 6.3-inci pada nisbah 21:9, dijana cip Exynos 9609, memori 4GB RAM, dan storan 128GB UFS. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri 3500mAh, selain dilengkapi sistem operasi Android One.

Peranti ini turut menggunakan rekaan skrin berlubang yang menjadi trend akhir-akhir ini. Telefon pintar ini akan dipasarkan disejumlah negara dalam bulan-bulan akan datang, termasuk di rantau Asia Pasifik ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd