Cari @ Amanz

AirAsia hari ini mengumumkan akan memansuhkan bayaran pemprosesan bagi tempahan yang dibuat di Malaysia bermula 1 Oktober 2019. Menurut mereka pemansuhan ini dilakukan bagi mengurangkan kos tiket pengguna menjadikannya lebih mampu milik.

Selama ini bayaran pemprosesan dikenakan untuk menanggung kos pentadbiran, penyelenggaraan dan kos pembangunan sistem atas talian AirAsia. Bermula Oktober caj ini akan ditanggung oleh AirAsia. Bagi tempahan di Fili[pina, Indonesia dan Thailand pula, pemansuhan caj pemprosesan akan dilakukan bermula 31 Disember 2019.

Bayaran pemprosesan AirAsia adalah antara topik yang hangat di media sosial kerana pengguna merungut pembayaran menggunakan kad kredit dan debit sepatutnya tidak boleh dikenakan caj kerana melanggar garis panduan Bank Negara Malaysia. Pengguna hanya boleh mengelak dikenakan bayaran pemprosesan jika menggunakan kad Big Pay dan Big Prepaid yang dimiliki oleh Air Asia sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd