Carian
Rekaan GoPro Max Pula Tertiris – Mungkin Model Kemas Kini GoPro Fusion
August 17, 2019 Effi Saharudin

Semalam rekaan kamera GoPro Hero 8 telah tertiris dengan ura-ura ia akan dilancarkan sekitar September. Hari ini laman PhotoRumour melaporkan rekaan kamera GoPro Max pula tertiris selepas ia memasuki laman pensijilan peranti Kementerian Komunikasi Jepun.

Dari rekaannya, ia besar kemungkinan adalah model kemas kini untuk GoPro Fusion yang dilancarkan tahun lalu. Fusion ialah kamera aksi yang yang boleh merakan video dan gambar secara 360 darjah. Dengan dua kamera 18-Megapixel sebuah video beresolusi 5.2K 30FPS boleh dirakam. Spesifikasi Max masih belum diketahui tetapi seharusnya lebih tinggi berbanding model tahun lalu.

Komen