Cari @ Amanz

Xiaomi telah pun menawarkan Redmi Note 7 di Malaysia sejak daripada bulan Mac 2019 lepas. Terkini, dalam meneruskan penawaran telefon pintar Redmi Note 7, pihak Xiaomi hadir dengan variasi warna baru, iaitu warna putih atau dinamakan mereka sebagai “Moonlight White”.

Redmi Note 7 hadir dengan skrin 6.3-inci FHD+, dijana Snapdragon 660, bateri 4000mAh, selain dilengkapi dwi-kamera belakang gabungan 48MP + 5MP.

Untuk pilihan warna putih ini, ia hadir dengan memori 4GB RAM dan storan 64GB. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan ia pada harga RM799 melalui platform jualan atas-talian Xiaomi hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd