Cari @ Amanz

IKEA merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena penawaran perabot dan barangan rumah. Mereka sedia menawarkan beberapa peranti memfokuskan rumah pintar sebelum ini, dan kini IKEA Mengumumkan mereka menubuhkan unit perniagaan baru dinamakan IKEA Home.

IKEA sebelum ini telah membangunkan peranti pintar sejak daripada 2012 yang lepas, dan antara yang telah ditawarkan mereka adalah termasuk pengecas nirwayar pada perabot, selain sokongan pencahayaan pintar. IKEA juga turut bekerjasama dengan SONOS dalam penawaran sistem audio pintar di rumah.

Kini, dengan penubuhan IKEA Home, mereka ingin lebih memfokuskan kepada penawaran peranti pintar untuk kegunaan dalam rumah.

Dengan penyertaan IKEA dalam arena ini, semestinya ramai akan menantikan bagaimanakah IKEA akan turut bersaing dengan pihak-pihak lain dalam usaha menjadi hab pintar dalam rumah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd