Cari @ Amanz

SKMM kini mengumumkan yang mana mereka telah mengeluarkan sebanyak 107 kompaun berjumlah RM3.83 juta terhadap syarikat telekomunikasi sehingga 31 Julai 2019 lepas.

Kompaun ini dikeluarkan disebabkan beberapa kesalahan, termasuk kerana tidak mengikut garis panduan untuk pengguna prabayar, dan beberapa kesalahan lain.

Daripada kompaun yang dikeluarkan, YTL Communications Sdn Bhd menerima 15 kompaun berjumlah RM750,000, dan diikuti oleh Symphonet Sdn Bhd dengan 15 kompaun berjumlah RM150,000. Maxis pula menerima 6 kompaun berjumlah RM250,000.

Digi Telecommunication Sdn Bhd dan Enabling Asia Tech Sdn Bhd pula menerima kompaun berjumlah RM200,000, sementara Celcom Axiata Berhad, Tune Talk Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad, dan U Mobile menerima kompaun berjumlah RM160,000.

Dengan pengeluaran kompaun antara April 2019 sehingga 31 Julai 2019 ini, ia memperlihatkan jumlah kompaun RM1.51 juta dikeluarkan. Sebelum ini, sehingga 31 Mac 2019 lepas, kompaun berjumlah RM2.32 juta telah dikeluarkan – menjadikan jumlah kompaun setakat ini untuk tahun ini berjumlah RM3.83 juta.

SKMM turut mengatakan yang mana kompaun yang dikeluarkan kali ini adalah 20.4% lebih tinggi berbanding apa yang dikeluarkan terhadap syarikat telekomunikasi pada keseluruhan 2018 lepas – dimana ia berjumlah RM3.18 juta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd